Friday, 19 October 2012

Pemikiran Sebagai Asas Etika dan Nilai-nilai Moral

ETIKA

Bagi menjamin kesejahteraan hidup  dalam semua aspek kehidupan setiap individu mahupun kelompok masyarakat memerlukan suatu set peraturan. Set peraturan yang dikenali sebagai etika ini adalah falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupannya.

KONSEP DAN PEMBAHAGIAN ETIKA

Etika adalah suatu kajian mengenai mengenal apa yang betul dan apa yang salah daripada sudut moral. Perkataan asal etika berasal daripada perkataan Greek iaitu Ethos(character / perangai). Berdasarkan perspektif ilmu falsafah, etika digolongkan sebagai falsafah moral iaitu satu cabang ilmu falsafah yang secara khusus membincangkan mengenai apa yang dikatakan tingkah laku yang baik mahupun yang buruk. Ia membincangkan hal-hal moral, adab dan nilai dalam tingkah laku manusia. Istilah etiket pula mengembangkan lagi perbincangan tentang etika. Etiket membawa maksud tingkah laku yang baik atau tatacara yang dianggap baik dalam situasi sosial. Gambar di bawah dapat dilihat pembahagian jenis-jenis etika. Setiap etika ini membincangkan hal-hal tertentu berdasarkan pengelompokan yang terkandung dalam etika tersebut. 




ETIKA META (META ETHICS)

  • Meta membawa masud, "di sebalik apa yang dilihat dengan mata kasar".
  • Meta mengkaji asal -usul serta maksud konsep -konsep etika/ moral yang digunakan sama ada ia ciptaan manusia/ luahan emosi atau sebenarnya lebih jauh dari itu.
  • Ia meliputi persoalan isu- isu kebenaran sejagat, kuasa Tuhan, peranan akal dan makna- makna istilah etika itu sendiri. Ia melibatkan metafizikal, psikologikal dan linguistik yang merupakan konsep- konsep abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  • Sebagai contoh kepada etika meta adalah etika keagaamaan Islam boleh dirujuk.
  • Etika Islam menekankan kepada kerangka matlamat penciptaan manusia dan peranan yang wajib dimainkan oleh Muslim dalam kehidupan individu dan masyarakat. Ia menegaskan tanggungjawab penganutnya sebagai hamba Allah, tanggungjawab sebagai khalifah Allah dan tanggungjawab dakwah.

ETIKA NORMATIF (NORMATIVE ETHICS)

  • Etika normatif membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua.
  • Ia diasaskan kepada rasional dan penaklukan akal.
  • Contohnya ialah prinsip membuat kebaikan, "berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana kamu inginkan orang lain berbuat kepada kamu". Maksudnya jika kita inginkan layanan yang baik daripada orang lain kita haruslah melayan orang dengan baik.
  • Teori utama yang digunakan dalam etika normatif ialah teori deontologikal dan teori teleologikal.
  • Teori deontologikal menilai baik buruk berdasaran tindakan.
  • Teori teleologikal menilai baik buruk berdasarkan kesan tindakan.

ETIKA GUNAAN (APPLIED ETHICS)

  • Etika gunaan membincangkan isu-isu dalm kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial dan seks.
  • Etika gunaan cuba untuk mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dengan menggunakan pelbagai teori dan konsep.
  • Contohnya etika alam sekitar memfokus kepada isu seperti kawalan ke atas ekologi dan ekosistem, keperluan flora dan fauna serta pengurusan sumber alam.

No comments:

Post a Comment